Tarikh lahir sebagai tarikh luput lesen memandu

January 28th, 2013 by lesenmemandu.com

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menetapkan supaya tarikh lahir dijadikan tarikh luput lesen memandu di Malaysia.

Menteri Pengangkutannya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata hal ini kerana pemandu sering memberi alasan mereka terlupa tarikh luput lesen memandu ketika operasi dijalankan dan menyebabkan mereka dikenakan denda.

lesenmemandu.com-tarikh luput lesen memandu

tarikh luput lesen memandu @lesenmemandu.com

“Sekiranya tarikh lahir pemandu tiba dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh luput beliau maka tiada bayaran yang akan dikenakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MCA pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya tarikh lahir pemandu dan tarikh luput lesen memandu beliau jatuh lebih daripada tempoh enam bulan maka mereka akan dikenakan bayaran sebanyak 50 peratus untuk memperbaharuinya.

Beliau berkata pemandu masih dibenarkan memperbaharui lesen memandu mereka sehingga tempoh lima tahun walaupun sistem tersebut dilaksanakan.

 

Sila semak tarikh luput di laman web JPJ >> http://www.jpj.gov.my/web/guest/lkm-tamat-lesen

 

Anda boleh perbaharui lesen memandu anda secara online di MYEG dan ikuti cara yang dinyatakan di bawah:

  • Langkah 1: Pergi ke laman MyEG
renew lesen memandu

perbaharui lesen memandu

  • Langkah 2: Klik hyperlink “BAHARUI LESEN MEMANDU”
  • Langkah 3: Isi segala butir-butir yang berkaitan. Yang penting kat sini, perlu dinyatakan tarikh luput lesen lama. Kalau nak renew untuk diri sendiri, tentu tak jadi masalah nak semak sendiri, tapi bagaimana kalau nak tolong renew untuk orang lain contohnya untuk wife, husband, adik, atau sesiapa. Korang boleh semak je kat laman JPJ [klik], hanya perlu nyatakan nombor kad pengenalan.
  • Langkah 4: Step seterusnya ialah pembayaran, ada pilihan kaedah pembayaran samada nak buat menggunakan kad kredit, MyEG Prepaid atau pun FPX / e-Debit.
renew lesen memandu

perbaharui lesen memandu

  • Langkah 5: Setelah melalui step-step tu semua, akhir sekali korang cetak la slip renewal tu, sebagai bahan bukti sementara lessen memandu tu dihantar ke pintu rumah. Senang bukan.
  • Langkah 6: Congak kembali, Kos (Kalau tempoh 1 tahun): RM30 + RM2 + RM5 = RM37.00

Pertukaran Lesen Memandu Asing kepada Lesen Memandu Malaysia
Had umur lesen memandu 2013
Tarikh lahir sebagai tarikh luput lesen memandu
Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
Promosi Lesen Memandu Murah – Harga Terkini
Promosi Lesen Memandu Sempena Cuti Sekolah
Pakej Lesen Memandu
Prosedur Untuk Mendapatkan Lesen Memandu
Kelayakan Umur lesen memandu
Promosi Terhebat Hampir Tamat! Cepat!
Promosi Terhebat Lesen Memandu Kelas B2 dan D!
TOYOTA VIOS VS HONDA CITY – Pendapat anda?
Download e-book KPP Percuma
Review Proton Saga BLM
10 Tips Membeli Kereta Terpakai
Tips How To Drive Manual Car
Semak Keputusan Ujian Komputer Online
Perbaharui Lesen Memandu Online
Semak Tarikh Luput Lesen Memandu
Hubungi Kami
Senarai Harga Lesen Memandu

Leave a Reply