Pertukaran Lesen Memandu Asing kepada Lesen Memandu Malaysia

February 13th, 2013 by lesenmemandu.com

Bagi permohonan Pertukaran Lesen Memandu Asing kepada Lesen Memandu Malaysia, pemohon boleh membuat permohonan melalui Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri yang berhampiran berdasarkan senarai Negara pengeluar lesen seperti di bawah. Kelulusan pertukaran lesen memandu di bawah prosedur ini hanya dibenarkan kepada kelas lesen kereta (D) dan lesen motosikal (B2/B) sahaja.

Pertukaran lesen memandu asing

 

Dokumen yang diperlukan

  1. MyKad atau Passport.
  2. Visa –Tempoh sah tidak kurang dari 3 bulan.
  3. Lesen Memandu Asing (lesen kereta atau lesen motor) yang sah.
  4. Surat terjemahan lesen memandu asing (sekiranya lesen memandu asing bukan dalam Bahasa Inggeris).
  5. Pengesahan Lesen Memandu dari kedutaan negara pengeluar lesen atau pengesahan dari pihak berkuasa pengeluar lesen berkenaan. (Kedutaan negara pengeluar lesen asal bermaksud kedutaan negara pengeluar lesen yang berada di Malaysia atau di negara lain berdekatan dengan Malaysia).
  6. Gambar berwarna (25mm×35mm).
  7. Borang JPJL1 yang lengkap.
  8. Dokumen tambahan hendaklah dikemukakan sekiranya perlu.

 

 

Bayaran

  1. Bayaran proses pertukaran sebanyak RM 20.00
  2. Bayaran lesen memandu Malaysia RM 30.00 setahun

 

 

Nota
Semua dokumen asal dan salinan (1 salinan) hendaklah dikemukakan semasa permohonan dibuat.
Kelulusan adalah tertakluk kepada terma dan peraturan yang telah ditetapkan oleh garis panduan JPJ.
Permohonan yang lengkap tidak bermaksud berjaya.

Sumber Artikel: www.jpj.org.my

Pertukaran Lesen Memandu Asing kepada Lesen Memandu Malaysia
Had umur lesen memandu 2013
Tarikh lahir sebagai tarikh luput lesen memandu
Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
Promosi Lesen Memandu Murah – Harga Terkini
Promosi Lesen Memandu Sempena Cuti Sekolah
Pakej Lesen Memandu
Prosedur Untuk Mendapatkan Lesen Memandu
Kelayakan Umur lesen memandu
Promosi Terhebat Hampir Tamat! Cepat!
Promosi Terhebat Lesen Memandu Kelas B2 dan D!
TOYOTA VIOS VS HONDA CITY – Pendapat anda?
Download e-book KPP Percuma
Review Proton Saga BLM
10 Tips Membeli Kereta Terpakai
Tips How To Drive Manual Car
Semak Keputusan Ujian Komputer Online
Perbaharui Lesen Memandu Online
Semak Tarikh Luput Lesen Memandu
Hubungi Kami
Senarai Harga Lesen Memandu

Leave a Reply