Perbaharui Lesen Memandu Online

May 23rd, 2009 by lesenmemandu.com

Orang ramai kini boleh perbaharui lesen memandu online di Internet tanpa perlu ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pejabat Pos.Perkhidmatan perbaharui lesen memandu online ini diperkenalkan oleh sebuah syarikat perkhidmatan elektronik, MyEG.Services Berhad, yang sebelum ini menyediakan perkhidmatan semakan status saman trafik untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebanyak 16 kios telah disediakan bagi tujuan perbaharui lesen memandu online dengan sebahagian besarnya terdapat di bangunan kedai di sekitar Lembah Klang. Caj sebanyak RM2 dikenakan dan orang ramai perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan sistem perbaharui lesen memandu online. Orang ramai juga boleh menggunakan perkhidmatan lain antaranya kemudahan makluman tamat tempoh lesen secara percuma dan membayar saman JPJ melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sebagai permulaan, kaedah bayaran yang digunakan adalah menerusi kad kredit. Tidak lama lagi, kita akan mula gunakan kaedah e-debit bagi memudahkan sistem perbaharui lesen memandu online digunakan.

Untuk menggunakan perkhidmatan perbaharui lesen memandu online ini sila layari laman web www.myeg. com.my dan slip permohonan memperbaharui lesen akan dihantar terus ke alamat rumah atau pejabat mereka.

<KLIK UNTUK PERBAHARUI LESEN>

Pertukaran Lesen Memandu Asing kepada Lesen Memandu Malaysia
Had umur lesen memandu 2013
Tarikh lahir sebagai tarikh luput lesen memandu
Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
Promosi Lesen Memandu Murah – Harga Terkini
Promosi Lesen Memandu Sempena Cuti Sekolah
Pakej Lesen Memandu
Prosedur Untuk Mendapatkan Lesen Memandu
Kelayakan Umur lesen memandu
Promosi Terhebat Hampir Tamat! Cepat!
Promosi Terhebat Lesen Memandu Kelas B2 dan D!
TOYOTA VIOS VS HONDA CITY – Pendapat anda?
Download e-book KPP Percuma
Review Proton Saga BLM
10 Tips Membeli Kereta Terpakai
Tips How To Drive Manual Car
Semak Keputusan Ujian Komputer Online
Perbaharui Lesen Memandu Online
Semak Tarikh Luput Lesen Memandu
Hubungi Kami
Senarai Harga Lesen Memandu

35 Responses to “Perbaharui Lesen Memandu Online”

  1. ikha says:

    er..saya nak tanya,lesen kereta umur berapa boleh ambik.?

  2. admin says:

    17 tahun berdasarkan tarikh lahir dalam IC.

  3. linda says:

    saya nk tanya ..jika lesen memandu sudah mati..dalam jangka masa 2tahun..adakah saya perlu mengambil semula lesen memandu itu atau bgaimana cara nya untuk saya dapatkan lesen saya semula?

  4. jerb says:

    saya baru tamat lesen p ,,berapa lama yg boleh sekiranya saya belum memperbaharui lesen..tq

  5. iena says:

    nk tanye kalau saya belum cukup umur 17 tapi saya nak belajar memandu boleh tak?

  6. “saya nk tanya ..jika lesen memandu sudah mati..dalam jangka masa 2tahun..adakah saya perlu mengambil semula lesen memandu itu atau bgaimana cara nya untuk saya dapatkan lesen saya semula?”

    linda, kami kurang pasti dengan soalan linda ni. maksudnya lesen P nak tukar lesen matang ke, macamana?

  7. “saya baru tamat lesen p ,,berapa lama yg boleh sekiranya saya belum memperbaharui lesen..tq”

    jerb, kalau boleh secepat mungkin.

  8. “nk tanye kalau saya belum cukup umur 17 tapi saya nak belajar memandu boleh tak?”

    iena, tak cukup 17 tu maksudnya dah 16 nak masuk 17 tahun ke macamana, dik? kalau tengah menghitung bulan untuk 17 tahun, boleh dah start pergi kelas KPP dulu. tapi untuk menduduki computer test, adik mesti dah 17 tahun :)

  9. syin says:

    nk tanya bolehkah lesen memandu P yang telah tamat tempoh selama 4 tahun diperbaharui semula?

  10. “nk tanya bolehkah lesen memandu P yang telah tamat tempoh selama 4 tahun diperbaharui semula?”

    setahu saya tak boleh. kena start balik dari awal.

  11. nisa says:

    nak tanya saya ada lesen motor B2 dah abis P, pastu saya nak ambil lesen kelas D berape harganya?dan apa yang sy kena ambil masa dalam kelas D

  12. “nak tanya saya ada lesen motor B2 dah abis P, pastu saya nak ambil lesen kelas D berape harganya?dan apa yang sy kena ambil masa dalam kelas D”

    ok nisa untuk tambah kelas lesen kereta (D), first kelas terus masuk Pra-L, kemudian boleh keluar lesen L terus. bayaran kami cuma RM620 sahaja.

  13. caspian(",) says:

    mc mn nk dptkan tempat kursus bagi pengambilan lesen untuk memandu forklift???blh brikan sebarang idea / cdngn tmpt2 yg ada menyediakan kursus yang berkaitan dengan lesen forklift….jika ada sila maklumkan segera….kalo blh area2 perak…tq

  14. “mc mn nk dptkan tempat kursus bagi pengambilan lesen untuk memandu forklift???blh brikan sebarang idea / cdngn tmpt2 yg ada menyediakan kursus yang berkaitan dengan lesen forklift….jika ada sila maklumkan segera….kalo blh area2 perak…tq”

    maaf mr/ms caspian, buat masa ini kami belum menawarkan pakej untuk forklift. untuk pertanyaan lanjut, boleh rujuk terus pada jpj untuk senarai sekolah memandu di Perak yang menawarkan kursus lesen tersebut.

  15. fiza says:

    sye nk tnye…lesen P sye tlh tmt tmph pada bulan 11 2008. adkh msh blh diperbaharui @ x blh. klu blh adkh dkenakn denda.

  16. aina says:

    nak tanya kalau lesen mati bulan 12 lps kene denda ker?

  17. yus says:

    saya tamat tempoh lesen P selama 5bulan dan lesen saya blum matang lg..adakah saya boleh memperbaharui lesen saya atau saya kna test jpj smula?

  18. asrul says:

    sy asrul..masih belaja.a..sy ade kena saman polis..sy plan nk byar saman t bile dh dpt keje..
    kalau sy nk perbaharui lesen or cukai jalan…ade kah sy akan di tahan untuk di perbaharui…

  19. ein says:

    bole ke renew lesen P kalau tarikh tamat lesen saya pada 05-01-2008??

  20. “bole ke renew lesen P kalau tarikh tamat lesen saya pada 05-01-2008??”

    jap, apa maksud ein dengan renew lesen P? sebab kalau P dah tamat, kena pergi JPJ untuk buat lesen CDL terus.

  21. “saya tamat tempoh lesen P selama 5bulan dan lesen saya blum matang lg..adakah saya boleh memperbaharui lesen saya atau saya kna test jpj smula?”

    sila hubungi pihak JPJ untuk pertanyaan lanjut. kalau lesen P dah tamat, maknanya dah matang dah lesen encik tu.

  22. “nak tanya kalau lesen mati bulan 12 lps kene denda ker?”

    setahu kami, tidak. tapi better cepat-cepat sebelum ada tindakan diambil ye cik aina.

  23. mahalil says:

    emergency…lesen saya dah tamat tempoh hampir 2 minggu yang lalu,saya baru perasan hari ni.probnya skrg,esok pagi saya perlu jadi diver untuk perjalanan yang jauh.bolehkah saya perbaharui lesen secara online dan dapatkan slip dalam masa 24jam.

  24. “emergency…lesen saya dah tamat tempoh hampir 2 minggu yang lalu,saya baru perasan hari ni.probnya skrg,esok pagi saya perlu jadi diver untuk perjalanan yang jauh.bolehkah saya perbaharui lesen secara online dan dapatkan slip dalam masa 24jam.”

    setahu kami, takde. let us check for you, sir.

  25. Mistica Anita says:

    Kalau kena saman lesen dah expired by police brp?

  26. “Kalau kena saman lesen dah expired by police brp?”

    minta maaf kami pun kurang pasti. sila check dengan pihak JPJ.

  27. cicak says:

    klu tempoh lesen p smpi 25.2 nnt, kne tunggu tarikh tu ntuk tuka ke cdl dlu atau dh bley tuka skang?
    atau ad tempoh lain plak?

  28. “klu tempoh lesen p smpi 25.2 nnt, kne tunggu tarikh tu ntuk tuka ke cdl dlu atau dh bley tuka skang?
    atau ad tempoh lain plak?”

    kena tunggu sampai 25 Feb.

  29. “sye nk tnye…lesen P sye tlh tmt tmph pada bulan 11 2008. adkh msh blh diperbaharui @ x blh. klu blh adkh dkenakn denda.”

    sila hubungi pihak JPJ untuk penerangan lanjut.

  30. renew lesen says:

    renew lesen class D = RM30/year.
    renew lesen class B2,D,GDL = RM??/year

    thanks.

  31. Raj says:

    encik, sayapunya lesen p dah tamat selama 3 hari, saya tak nampak, besok nak masuk singapora, boleh tak saya pergi ke pejabat pos yang dekat nak renew segera?

  32. aini says:

    hai..saye nak tanya..klu nk renew lesen L motor boleh tak renew kt pejabat pos..

  33. khant says:

    lesen L saya hilang. saya rasa saya miss place lesen tu. boleh renew x lesen saya?

  34. acu says:

    hai saya nak tanya lesen p dah habis tempoh lebih 5 tahun boleh tak i renew kat pejabat pos

  35. AJID LC says:

    Salam..saya pemilik lesen L B2..bole ke saya renew kat pejabat pos je? jpj jauh jgk dari ofis..

Leave a Reply